Wednesday, 9 July 2014


Seronoknya kalau dekat rumsis boleh buat cup cakes dan jadikan juadah untuk berbuka puasa. Nak tahu rasanya cuba lah buat.
Antara bahan-bahannya adalah seperti berikut :



Bahan-bahannya :

Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
*Bahan-bahan ini diayak terlebih dahulu.

Bahan B :
4 biji telur
2 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas

Cara-cara menyediakan :
- Pukul telur bersama gula halus sehingga kembang, kemudian masukkan susu pekat dan pukul sekejap.
- Masukkan minyak dan pukul lagi dengan menggunakan low speed. Selepas itu masukkan bahan A sedikit demi sedikit, kacau sehingga sebati.
- Masukkan air panas yang telah disediakan tadi Akhir sekali sediakan kertas cup cake. Masukkan adunan itu tadi dan bakar dalam suhu 180 c selama 15 minit.

Selain resepi di atas, anda juga boleh lihat resepi lain seperti link dibawah ini :

No comments:

Post a Comment