Thursday, 10 July 2014

Resepi hari ni adalah Kek Batik. Cara buat yang mudah dan senang, tidak perlu menggunakan oven. Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek batik ni adalah seperti berikut :



Bahan - bahannya :
1 paket biskut Marie
1 buku buttercup
1 paket Milo 250g
Sedikit serbuk koko
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan air

Itu adalah bahan-bahan untuk membuat kek batik. 

Cara membuatnya adalah seperti berikut :

- Biskut Marie dipecah kepada 4 dan letak ke dalam bekas yang berasingan.
- Kemudian, panaskan periuk atau kuali (terpulang pada kehendak samaada mahu menggunakan periuk ataupun kuali) masukkan butter yang sudah dipotong-potong ke dalam periuk dan biarkan sehingga cair.
- Selepas itu, masukkan susu pekat, masukkan 1/2 tin dahulu, 
- Tuang 1/2 cawan air. Apabila sudah sebati masukkan milo tadi sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Masa ni api perlu dikecikkan.
- Masukkan serbuk koko (jika suka pahit letak lebih) dan kacau sehingga sebati.
- Masak sehingga sebati dan agak likat boleh tuangkan ke dalam adunan (bekas) biskut Marie tadi tu.
- Kacau sambil tekan-tekan biar bahan tadi mampat. Selesai sudah boleh masukkan ke dalam peti ais. 

*Lepas 3jam sudah boleh dihidangkan dan makan* dan ini lah hasilnya, Sedappp!!!


Selain resepi di atas, anda juga boleh lihat resepi lain seperti link dibawah ini :


SELAMAT MENCUBA ^__^




No comments:

Post a Comment