Monday, 21 July 2014

RESEPI BISKUT TART NENAS :

Sempena Hari Raya yang akan tiba, mesti ramai yang masih terfikir-fikir nak buat biskut apa kan.
Okay, dekat sini saya nak kongsi sedikit resepi biskut untuk hari raya nanti iaitu kuih Tart Nenas.



  
Antara bahan-bahan yang diperlukan :

40 gm Gula Kastor

40 gm Tepung Kastard
1 biji Telur ( telur kuning sahaja )
200 gm Jem Nenas
250 gm Tepung Gadum
1 cmt. Esen Vanilla
250 gm Mentega

Cara-cara penyediaannya :


- Pukul mentega dengan gula sehingga kembang

- Masukkan telur
- Kemudian, tambahkan tepung kastard  dan esen vanilla
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan anda
- Masukkan doh ke dalam acuan tart. Paipkan adunan secara memanjang.
- Letakkan Jem Nenas
- Kemudian gulungkan tart tu semula
- Susun di dalam dulang pembakar 
- Sapu kan kuning telur di atas biskut itu tadi
- Bakar biskut di dalam oven lebih kurang 15 minit  pada suhu 180'c
- Selesai dibakar, biarkan sejuk sebelum di pekkan. 

Itu sahaja, cara yang mudah dan senang untuk anda buat.. 

Biskut tart ini juga mempunyai pelbagai bentuk yang menarik untuk dibuat antaranya seperti dibawah :





Selain resepi di atas, anda juga boleh lihat resepi lain seperti link dibawah ini :

SELAMATMENCUBA :') 

No comments:

Post a Comment