Saturday, 9 August 2014

RESEPI NASI TOMATO AYAM MERAH
( Sesuai untuk 5-6 orang makan )

Antara bahan - bahan yang diperlukan :

3 cawan beras basmati (cuci dan rendam selama 30 minit) 
1 camca besar pes tomato (tomato puree) 
2 camca besar sos tomato 
2 camca besar minyak sapi 
1 biji bawang besar (dihiris) 
2 ulas bawang putih (dicincang) 
1 inci halia (dititik) 
1 helai daun pandan (dikat dan disimpul) 
3 1/2 cawan air 
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat) 
Garam secukup rasa 
1 batang kayu manis 
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
1 kuntum bunga lawang 


Bahan - bahan untuk Ayam Masak Merah :


3/4 ekor Ayam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 inci halia
15-20 cili kering (ikut kepedasan sesuka hati)
1 batang serai (diketuk)
1 cawan air kosong
4 sudu besar tomato puree
Sos tomato secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
Daun sup 



Bahan-Bahan untuk Sambal :


1 biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan 



Bahan-Bahan untuk Kicap :

 2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos tomato 
3 sudu besar kicap manis 
1 sudu besar gula 


Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan :

1 batang timun (dihiris) 
2 biji buah tomato (dihiris) 
Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) 
Hirisan daun bawang/daun sup
Kismis
Kacang pis
Nenas 


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Tomato :


- Pertama sekali, panaskan minyak sapi dalam kuali.

- Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan dalam kuari sehingga naik wangi.

- Masukkan pes tomato dan tomato sos. Kacau dengan rata.

- Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.

- Apabila bahan-bahan tumisan sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras kira-kira 1-2 minit.

- Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.

- Curahkan air yang sudah mendidih dan susu rendah lemak ke dalam periuk nasi.

- Masukkan garam secukup rasa dan kacau dengan rata.

- Masak seperi biasa sehingga nasi menjadi kering.

- Taburkan kismis dan kacang pis ke atas nasi sebagai hiasan.

- Selepas nasi sudah masak, tutupkan suis periuk nasi tersebut.
- Hidangkan Nasi Tomato dengan hirisan daun bawang/ daun sup, bawang goreng, nenas dan lain-lain.
 


#### Tips: Nasi tadi juga boleh dikukus dan dialas dengan daun pisang apabila nasi sudah masak. Cucukkan sedikit daun tadi untuk membuat lubang dan kukus nasi tersebut sehingga masak sekali lagi. Nasi akan lebih sedap dimakan dan tidak akan melekat. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Masak Merah :
- Bersihkan ayam terlebih dahulu. Potongkan ayam kecil-kecil dan digaul dengan kunyit dan garam secukupnya.

- Perapkan selama 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan dahulu.

- Kisarkan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia.

- Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan dikisar sehingga wangi bersama bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

- Masukkan cili kering yang sudah dikisar dan masakkan sampai betul-betul masak.

- Masukkan secawan air, serai, tomato puree dan sos tomato. Masak mendidih sebentar.

- Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.

- Masukkan gula dan garam secukupnya.

- Masak sehingga agak pekat dan tutupkan api. Hidangkan dengan Nasi Tomato yang telah siap disediakan. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal :


-  Kisarkan semua bahan.

- Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan. 




## SELAMAT MENCUBA ##
Anda juga boleh lihat resepi lain seperti yang terdapat di link bawah ini :

Wednesday, 6 August 2014

Resepi Puding Roti

Bahan - bahannya :

4 keping roti ( dipotong kecil - kecil )
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu besar butter ( untuk sapu pada permukaan roti )
1 sudu esen vanilla

Cara - cara membuatnya :

- Masukkan telur , gula dan esen vanilla dalam bekas dan kacau sehingga rata
- Kemudian, masukkan susu cair dan kacau lagi hingga sekata
- Sapu kan butter pada roti dan susun dalam loyang atau apa-apa bekas tahan panas
- Tuang bancuhan tadi ke atas susunan roti, balut elok-elok dengan aluminium foil.
- Kukus atas api sederhana selama 20-25 minit 
- selesai semua bolehlah dihidangkan.



Anda juga boleh lihat resepi lain seperti yang terdapat di link bawah ini :


Nasi Ayam Hainan Kukus

Bahan-bahan nya :

1/2 ekor ayam ( dipotong )

6 ulas bawang putih
4 in halia 
2 sudu marjerin
3 cawan beras basmathi
1/4 sudu teh minyak bijan

Cara - cara membuatnya :


- Beras direndam dahulu sementara bahan lain disiapkan

- Panaskan 1 - 1 1/2 liter air di dalam periuk
- Halia dibahagi 2. separuh dimesin bersama bawang putih dan diketepikan. Separuh lagi diketuk2 dan dimasukkan dalam air yang direbus tadi.
- Campurkan 1/4 daripada bahan mesin ke dalam air rebusan tadi. Bila air mendidih baru lah masukkan ayam.
- Renehkan 15 minit.
- Panas periuk ( kalau boleh non stick supaya tidak melekat ), masukkan marjerin dan tumiskan 1/2 bahan mesin tadi hingga kekuningan sehingga naik bau.
- Masukkan 4 cawan air rebusan ayam tadi dan biarkan ia mendidih.
- Bila sudah mendidih baru lah masukkan beras yang direndam tadi. Biarkan ia masak sehingga kering.
- Sementara itu panaskan kukusan.
- Keluarkan ayam dari rebusan itu , perapkan bersama baki bahan yang dimesinkan tadi dengan garam.
- Bila air nasi sudah kering, pindahkan nasi ke dalam kukusan dan letakkan ayam yang diperap tadi di atas nasi. Tutup dan kukus selama 20 minit lagi atau sehinggan nasi itu dimasak sepenuhnya.
- Titiskan minyak bijan.






# SELAMAT MENCUBA #
Anda juga boleh lihat resepi lain seperti yang terdapat di link bawah ini :
http://himpunanresepibonda.blogspot.com/2013/02/nasi-ayam-hainan-kukus.html